Isi penting
- FOMEMA wajib SETIAP TAHUN untuk semua pekerja PLKS (sejak Dis 2023)
- Kos 2026: RM223.56 (lelaki) / RM234.36 (wanita), termasuk SST
- Pekerja baharu: daftar dalam 72 jam, periksa dalam 30 hari; keputusan sah 180 hari
- Urutan penting: FOMEMA dulu → insurans SPIKPA IG → renewal permit
Kandungan
FOMEMA ialah pemeriksaan perubatan wajib bagi setiap pekerja asing berpermit PLKS di Malaysia — dan sejak 16 Disember 2023, ia wajib setiap tahun kalendar, tidak kira bila permit di-renew. Lulus FOMEMA dahulu, barulah insurans dan renewal permit boleh diproses. Ini panduan lengkapnya.
Siapa yang wajib jalani FOMEMA?
Semua pekerja asing yang memegang Pas Lawatan (Kerja Sementara) / PLKS dalam sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian. Untuk pekerja baharu tiba: daftar dalam 72 jam selepas ketibaan, dan lengkapkan pemeriksaan dalam 30 hari.
Berapa kos FOMEMA 2026?
| Komponen | Kadar |
|---|---|
| Pekerja lelaki | RM223.56 (termasuk SST) ⚑ |
| Pekerja wanita | RM234.36 (termasuk SST) ⚑ |
Nota: pelaksanaan SST berkuat kuasa Mei 2026 — semak kadar terkini di fomema2u.com.my. Kos SPIKPA dan FWIG dikira berasingan — lihat panduan insurans pekerja asing kami.
Apa yang diperiksa?
Ujian darah, ujian air kencing, X-ray dada, saringan penyakit berjangkit — dan ujian kehamilan bagi pekerja wanita.
5 langkah proses FOMEMA
- Daftar di Portal FOMEMA Online (dalam 72 jam ketibaan bagi pekerja baharu)
- Pilih klinik panel melalui FOMEMA Clinic Locator
- Lengkapkan pemeriksaan — bawa borang bercetak dan passport
- Semak keputusan melalui MyIMMs (biasanya 7 hari bekerja; keputusan sah 180 hari)
- Beli insurans SPIKPA IG — jana ITR dalam FWCMS, kemudian Whatsapp kami dan team Kopim uruskan dalam beberapa minit selepas pembayaran
Apa berlaku selepas lulus?
Keputusan Fit membuka laluan kepada pembelian SPIKPA + IG dan seterusnya renewal permit. Urutan ini penting: FOMEMA dulu, insurans kemudian, barulah permit. Mulakan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum permit luput supaya semua muat dalam masa.
Bagaimana jika pekerja gagal?
Keputusan “Unfit” adalah muktamad dan pekerja perlu direpatriasi dalam 30 hari. Keputusan tertentu boleh dirayu dalam 14 hari — baca panduan penuh kami: Pekerja Gagal FOMEMA? Ini yang Majikan Perlu Buat.
Dah lulus FOMEMA? Settle insurans sekarang
Hantar ITR anda — kami uruskan SPIKPA IG terus, semua di Whatsapp je. Reminder renewal pun kami hantar setiap bulan bermula 3 bulan sebelum luput.