Pematuhan Majikan

Panduan FOMEMA untuk Majikan 2026

Share This Post

Picture of KOPIM

KOPIM

Panduan FOMEMA untuk majikan 2026

Isi penting

  • FOMEMA wajib SETIAP TAHUN untuk semua pekerja PLKS (sejak Dis 2023)
  • Kos 2026: RM223.56 (lelaki) / RM234.36 (wanita), termasuk SST
  • Pekerja baharu: daftar dalam 72 jam, periksa dalam 30 hari; keputusan sah 180 hari
  • Urutan penting: FOMEMA dulu → insurans SPIKPA IG → renewal permit

FOMEMA ialah pemeriksaan perubatan wajib bagi setiap pekerja asing berpermit PLKS di Malaysia — dan sejak 16 Disember 2023, ia wajib setiap tahun kalendar, tidak kira bila permit di-renew. Lulus FOMEMA dahulu, barulah insurans dan renewal permit boleh diproses. Ini panduan lengkapnya.

Siapa yang wajib jalani FOMEMA?

Semua pekerja asing yang memegang Pas Lawatan (Kerja Sementara) / PLKS dalam sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian. Untuk pekerja baharu tiba: daftar dalam 72 jam selepas ketibaan, dan lengkapkan pemeriksaan dalam 30 hari.

Berapa kos FOMEMA 2026?

KomponenKadar
Pekerja lelakiRM223.56 (termasuk SST) ⚑
Pekerja wanitaRM234.36 (termasuk SST) ⚑

Nota: pelaksanaan SST berkuat kuasa Mei 2026 — semak kadar terkini di fomema2u.com.my. Kos SPIKPA dan FWIG dikira berasingan — lihat panduan insurans pekerja asing kami.

Apa yang diperiksa?

Ujian darah, ujian air kencing, X-ray dada, saringan penyakit berjangkit — dan ujian kehamilan bagi pekerja wanita.

5 langkah proses FOMEMA

  1. Daftar di Portal FOMEMA Online (dalam 72 jam ketibaan bagi pekerja baharu)
  2. Pilih klinik panel melalui FOMEMA Clinic Locator
  3. Lengkapkan pemeriksaan — bawa borang bercetak dan passport
  4. Semak keputusan melalui MyIMMs (biasanya 7 hari bekerja; keputusan sah 180 hari)
  5. Beli insurans SPIKPA IG — jana ITR dalam FWCMS, kemudian Whatsapp kami dan team Kopim uruskan dalam beberapa minit selepas pembayaran

Apa berlaku selepas lulus?

Keputusan Fit membuka laluan kepada pembelian SPIKPA + IG dan seterusnya renewal permit. Urutan ini penting: FOMEMA dulu, insurans kemudian, barulah permit. Mulakan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum permit luput supaya semua muat dalam masa.

Bagaimana jika pekerja gagal?

Keputusan “Unfit” adalah muktamad dan pekerja perlu direpatriasi dalam 30 hari. Keputusan tertentu boleh dirayu dalam 14 hari — baca panduan penuh kami: Pekerja Gagal FOMEMA? Ini yang Majikan Perlu Buat.

Dah lulus FOMEMA? Settle insurans sekarang

Hantar ITR anda — kami uruskan SPIKPA IG terus, semua di Whatsapp je. Reminder renewal pun kami hantar setiap bulan bermula 3 bulan sebelum luput.

Artikel Berkaitan

Panduan renew permit pekerja asing ePLKS 2026
Pematuhan Majikan

Panduan Lengkap Renew Permit Pekerja Asing (ePLKS) 2026

Renew permit PLKS 2026 melalui FWCMS: timeline 3 bulan awal, 4 peringkat proses, ITR 14 hari, eBayaran & ePASS. Elak 5 kesilapan yang buat permohonan...

Checklist pematuhan syarat majikan gaji pekerja asing
Pematuhan Majikan

Syarat Majikan Gaji Pekerja Asing: Checklist Pematuhan

Checklist pematuhan 5 peringkat untuk gaji pekerja asing: Section 60K, kuota OSC, Akta 446, levi, insurans, FOMEMA, PERKESO & KWSP. Semak sebelum mohon....

Kewajipan PERKESO majikan untuk pekerja asing
Pematuhan Majikan

PERKESO untuk Pekerja Asing: Kewajipan Majikan 2026

PERKESO wajib untuk pekerja asing — bukan pilihan. Kadar caruman, deadline 15 haribulan, LINDUNG 24 Jam baharu 2026, dan denda RM10,000 jika ingkar....