Isi penting
- Section 60K (JTKSM) wajib sebelum ambil pekerja — denda sehingga RM100,000 jika ingkar
- 5 peringkat: kelayakan & CFA → kuota/levi/insurans → 24 jam ketibaan → 30 hari FOMEMA + PLKS → PERKESO/KWSP bulanan
- Bon jaminan RM250–RM1,500 ikut warganegara — kebanyakan majikan guna FWIG, bukan deposit tunai
- Had umur pekerja baharu 18–45 tahun; moonlighting dilarang
Kandungan
Nak gaji pekerja asing di Malaysia? Prosesnya melibatkan sekurang-kurangnya lima agensi kerajaan — dan satu langkah tertinggal boleh menyebabkan permohonan ditolak atau, lebih teruk, denda sehingga RM100,000 di bawah Section 60K. Checklist 5 peringkat ini menyusun semuanya mengikut urutan.
Istilah yang majikan wajib faham
| Akronim | Fungsi |
|---|---|
| JTKSM | Kelulusan Section 60K |
| OSC (KDN) | Kelulusan kuota |
| FWCMS | Portal pusat urusan permit |
| eVDR | Calling visa / Visa With Reference |
| PLKS/VPTE | Permit kerja (Pas Lawatan Kerja Sementara) |
| FOMEMA | Pemeriksaan perubatan wajib |
| SPIKPA/FWHS + FWIG/IG | Insurans wajib |
Nota: pekerja asing (PLKS) dan ekspatriat (Employment Pass) mengikut sistem berbeza — panduan ini untuk PLKS.
Peringkat 1: Sebelum pengambilan
- Sahkan sektor dan jawatan layak untuk pekerja asing
- Sahkan negara sumber dibenarkan bagi sektor anda
- Dapatkan Certificate for Accommodation (CFA) di bawah Akta 446 — penginapan mesti memenuhi piawaian ruang, pengudaraan, sanitasi dan keselamatan kebakaran
- Mohon kelulusan Section 60K daripada JTKSM (wajib sejak 1 Jan 2023; denda sehingga RM100,000 / penjara 5 tahun jika ingkar)
Peringkat 2: Sebelum eVDR dikeluarkan
- Kelulusan kuota melalui OSC
- Bayar levi sektor
- Sediakan bon jaminan — kebanyakan majikan guna FWIG/IG (premium ~1% setahun) berbanding deposit tunai: RM250–RM1,500 mengikut warganegara
- Beli SPIKPA + IG: jana ITR dalam FWCMS dan lengkapkan dalam tempoh sah 14 hari — Whatsapp ITR kepada kami, kami settle
Peringkat 3: 24 jam pertama ketibaan
Sambut pekerja di pintu masuk, lengkapkan pengesahan ketibaan imigresen, dan hantar ke penginapan yang diluluskan.
Peringkat 4: Dalam 30 hari
Lengkapkan FOMEMA, sahkan status Fit, mohon PLKS, dan selaraskan tarikh polisi SPIKPA/IG dengan tempoh permit.
Peringkat 5: Berterusan setiap bulan
- Daftar PERKESO (caruman majikan 1.75% + pekerja 0.5%) — panduan penuh
- Daftar KWSP (wajib sejak 1 Okt 2025 — 2% majikan + 2% pekerja)
- Simpan rekod audit-ready: kelulusan, insurans, caruman
- Jejak tarikh luput PLKS; pastikan SPIKPA/IG tidak lapse
Had umur & peraturan lain
Pekerja kali pertama mesti berumur 18–45 tahun semasa permohonan; pemegang PLKS tidak boleh membawa keluarga; kerja sambilan (moonlighting) dilarang — permit boleh dibatalkan.
Bahagian insurans dalam checklist ini boleh selesai hari ini: Whatsapp ITR anda, team Kopim uruskan.