Isi penting
- PERKESO wajib — caruman berkanun, bukan insurans pilihan
- Kadar: majikan 1.75% + pekerja 0.5%; KWSP 2% + 2% sejak Okt 2025
- Deadline bayaran: sebelum 15 haribulan bulan berikutnya
- Denda sehingga RM10,000 / penjara 2 tahun jika ingkar; LINDUNG 24 Jam baharu 2026
Kandungan
Ramai majikan masih anggap PERKESO untuk pekerja asing sebagai “insurans tambahan yang optional”. Sebenarnya ia caruman berkanun yang wajib di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 — dan kegagalan mendaftar boleh didenda sehingga RM10,000, penjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya.
Skim apa yang melindungi pekerja asing?
- Skim Bencana Kerja — kemalangan semasa kerja dan penyakit khidmat pekerjaan
- Skim Keilatan — perlindungan keilatan atau kematian mengikut kelayakan
- LINDUNG 24 Jam — baharu 2026: perlindungan kemalangan di luar waktu kerja juga ⚑ (confirm rollout details before publish)
Ingat perbezaannya: PERKESO melindungi kemalangan berkaitan kerja; SPIKPA/FWHS melindungi sakit dan kemasukan hospital bukan kerja. Kedua-duanya wajib — satu tidak menggantikan yang lain.
Kadar caruman 2026
Caruman majikan 1.75% daripada gaji, caruman pekerja 0.5% — mengikut jadual gaji PERKESO terkini. Sejak 1 Oktober 2025, majikan juga wajib mencarum KWSP 2% + 2% untuk pekerja bukan warganegara (kecuali pembantu rumah).
Cara daftar dan bayar
- Pastikan syarikat berdaftar dengan PERKESO
- Daftarkan setiap pekerja asing di bawah akaun majikan — perlu butiran passport, permit yang sah dan maklumat pendaftaran syarikat (SSM)
- Bayar melalui Portal ASSIST atau pejabat PERKESO
- Deadline: sebelum 15 haribulan bulan berikutnya (caruman Januari → bayar sebelum 15 Februari)
- Simpan bukti bayaran bersama rekod payroll
5 kesilapan PERKESO yang paling kerap
- Anggap pekerja asing tak perlu PERKESO
- Guna kategori caruman yang salah
- Lupa kemas kini butiran selepas perubahan gaji/permit
- Terlepas deadline bulanan
- Keliru antara PERKESO dan SPIKPA — lalu tertinggal salah satu
PERKESO dan insurans: urutan yang betul
| Peringkat | Apa yang perlu diurus |
|---|---|
| Permohonan pekerja baharu | SPIKPA + FWIG untuk calling visa eVDR |
| Onboarding | Daftar PERKESO (dan KWSP) |
| Payroll bulanan | Kira dan bayar caruman sebelum 15 haribulan |
| Renewal tahunan | Semak insurans untuk renewal PLKS; semak rekod PERKESO |
Bahagian insurans — SPIKPA IG — kami boleh uruskan untuk anda, semua di Whatsapp je. Bahagian PERKESO, sekarang anda dah tahu caranya.