Isi penting
- Hantar sekurang-kurangnya 3 bulan awal; proses 2–4 minggu selepas bayaran
- Passport mesti sah 12–18 bulan melebihi tarikh renewal
- 4 peringkat FWCMS: permohonan → insurans (ITR 14 hari) → eBayaran → ePASS
- Kos: fi permit RM825–RM2,035 + insurans dari RM203.60 seorang
Kandungan
Sejak Februari 2025, semua urusan renewal permit pekerja asing berjalan sepenuhnya melalui FWCMS — semakan pematuhan digital, data permit dan insurans disatukan, dan pengesahan insurans (SPIKPA + IG) diwajibkan semasa penghantaran. Ini panduan proses penuh 2026.
Bila perlu mulakan?
Hantar permohonan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum permit luput. Keseluruhan proses biasanya mengambil 2–4 minggu dari bayaran hingga ePASS dijana. Passport pekerja mesti sah 12–18 bulan melebihi tarikh renewal — kurang daripada 12 bulan, Imigresen tolak.
4 peringkat proses renewal
1. Hantar permohonan dalam FWCMS
Log masuk Employer Portal → ePLKS → PLKS Application → New Application. Masukkan butiran pekerja secara manual (maksimum 10 sekumpulan) atau muat naik CSV. Sistem semak kelayakan setiap pekerja; pilih pekerja, hantar dengan pengesahan OTP (sah 20 minit).
2. Beli & sahkan insurans
Pilih kaedah pembelian — perhatian: sekali pilih, tidak boleh tukar. Untuk pembelian offline/sendiri, sistem jana ITR yang sah 14 hari. Whatsapp ITR kepada Kopim — polisi diaturkan dalam beberapa minit selepas pembayaran, dan status FWCMS bertukar kepada “Insurance Verified” secara automatik. Selok-belok ITR di sini.
3. Bayaran kepada Imigresen
Selepas kelulusan JIM, anda terima emel dengan pautan bayaran (status “PENDING PAYMENT”). Bayar melalui portal eBayaran — carian bundle guna nombor ROC syarikat, atau individu guna nombor rujukan/passport. Selesaikan dalam 24–48 jam selepas menerima pautan.
4. Penjanaan ePASS
Selepas pengesahan bayaran, ePASS dijana dan status bertukar “Completed” — muat turun dan simpan.
Kos renewal 2026
| Kategori | Anggaran |
|---|---|
| Fi pemprosesan permit (termasuk levi, mengikut sektor) | RM825 – RM2,035 seorang ⚑ |
| Insurans SPIKPA + IG | Bermula dari RM203.60 seorang |
5 kesilapan yang buat renewal tersangkut
- Hantar lambat — mulakan 3 bulan awal, set reminder 4 bulan awal (pelanggan Kopim terima reminder email automatik bermula 3 bulan sebelum luput)
- Butiran pekerja tak sepadan dengan passport
- ITR luput sebelum bayaran — lengkapkan dalam 72 jam selepas jana
- Lambat bayar kepada Imigresen selepas pautan diterima
- Coverage gap insurans — tips elak gap di sini
Permit dah luput?
Mohon Special Pass dan jana ITR baharu segera — dan Whatsapp kami untuk uruskan insurans hari yang sama. Tuntutan semasa tempoh gap tidak dilindungi, jadi setiap hari berharga.