Isi penting
- Kemasukan cashless di hospital kerajaan — tunjuk passport sahaja, tiada guarantee letter
- Minta laporan perubatan pada HARI discaj — hospital boleh ambil 4–8 minggu
- Tuntutan lengkap diproses dalam 7–14 hari bekerja
- Kemalangan di tempat kerja → tuntut melalui PERKESO, bukan SPIKPA
Kandungan
Pekerja anda masuk hospital — apa langkah seterusnya? Berita baiknya, SPIKPA direka untuk kemasukan cashless di hospital kerajaan, dan tuntutan yang lengkap biasanya diproses dalam 7–14 hari bekerja. Ini panduan langkah demi langkah.
Langkah 1: Kemasukan hospital (cashless)
Tunjukkan passport pekerja di kaunter kemasukan hospital kerajaan yang layak. Hospital akan sahkan perlindungan melalui sistem SPIKPA Kementerian Kesihatan — tiada guarantee letter diperlukan, dan hospital membilkan terus kepada pentadbir insurans. Sesetengah hospital mungkin minta deposit: simpan resit untuk dituntut semula.
Senarai hospital yang layak: spikpa.moh.gov.my
Langkah 2: Kumpul dokumen selepas discaj
- Borang tuntutan SPIKPA yang lengkap
- Salinan passport dan permit kerja (jelas dan belum luput)
- Laporan perubatan yang disahkan hospital
- Bil dan resit asal hospital
Tip paling penting: minta laporan perubatan pada hari discaj. Hospital kerajaan boleh ambil 4–8 minggu untuk sediakannya — lagi awal anda minta, lagi cepat tuntutan bergerak.
Langkah 3: Hantar tuntutan
Di Kopim, mulakan dengan Whatsapp je — team kami semak dokumen anda dahulu supaya tiada yang tertinggal, kemudian email kepada insurer untuk pengesahan. Selepas disahkan, anda hanya perlu aturkan penghantaran dokumen asal kepada insurer. Mudah, dan kurang risiko tuntutan ditolak kerana dokumen tak lengkap.
Langkah 4: Terima bayaran
Tuntutan yang diluluskan akan dibayar balik. Simpan salinan semua dokumen untuk rekod dan audit — amalan baik: kekalkan fail individu bagi setiap pekerja.
5 kesilapan yang melambatkan tuntutan
- Guna hospital swasta atau separa kerajaan — hanya hospital kerajaan (bukan korporat) yang layak
- Hantar salinan fotokopi — bil dan resit mesti asal
- Lambat minta laporan perubatan (ingat: 4–8 minggu)
- Salinan passport kabur atau telah luput
- Cuba tuntut rawatan pesakit luar — SPIKPA untuk kemasukan wad sahaja
Apa yang SPIKPA tidak tanggung?
Rawatan pesakit luar kecemasan (tanpa kemasukan wad), manfaat kematian, kecederaan akibat pergaduhan atau aktiviti jenayah, dan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD). Untuk kemalangan dan kematian di tempat kerja, tuntutan disalurkan melalui Skim Bencana Kerja PERKESO — bukan SPIKPA.
Perlukan bantuan tuntutan sekarang?
Whatsapp kami bil hospital dan butiran pekerja — kami bantu semak dan uruskan. Insurans Pekerja Asing Kopim — Reliable, sejak 2010.